Wednesday, 12 October 2011

My Top 3 KDrama

                                 
#1 Greatest Love

Title: Greatest Love / Best Love
Also known as: Choegoui Sarang, The Greatest Love
Director: Park Hong Kyun, Lee Dong Yoon
Writer: Hong Mi Ran, Hong Jung Eun
Network: MBC
Episodes: 16
Broadcast: May 4, 2011 
Language: Korean
Country: South Korea


> 3 words for this drama :
- Funny
- Sweet
-Touching
and the greatest thing is ..HAPPY END ! ^.^ 
love the actor ,and also the actress .
>Banyak ketawa dan tersinggung pada masa yang sama kalau tengok drama ni... drama Greatest Love memang benar-benar mengagumkan!!
> Drama Greatest Love merupakan feveret drama pertama Susen Nana. Drama ni penuh dengan adegan yang melucukan yang pasti akan membuatkan penonton tergelak, terketawa, tersenyum da macam2 ter lagi...
> Ae Jung pernah menjadi ahli yang paling popular dalam band girl, Girls Treasure Negara. Walaubagaimanapun, 10 tahun yang lalu band tersebut berpecah dan dia menerima 
sebahagian besar dipersalahkan. 
dia kini menghabiskan masa dia berjuang untuk air time for variety show. 
Dokko Jin adalah bintang filem terkemuka di kemuncak kerjayanya. Kedua-dua bertemu dan terlibat dalam kerjaya masing-masing. 
Yoon Pil Joo adalah seorang doktor perubatan timur yang tidak mempunyai minat dalam industri hiburan tetapi bersetuju untuk membuat dating show. 
Dokko Jin membantu mendapatkan Ae Jung untuk memainkan peranan pada rancangan realiti baru yang dipanggil Couple Making. 
Pil Joo adalah sarjana muda yang ditampilkan dalam Making Couple.Kedua-dua lelaki jatuh hati kat Ae Jung.
> Bagi pandangan Susen Nana sendiri, watak Dokko Jin benar-benar lucu dan dia terlalu  yakin ke atas dirinya .. "DingDong" sentiasa bermain di fikiran Susen Nana, i like! haha. 
> Susen Nana suka tengok time Dok Ko Jin sebut "DingDong" 
Dok Ko Jin sangat kelakar! Susen Nana ketawa banyak kali apabila ada babak dia xD terutama kat ketika mereka berada di karaoke dan dia menyanyi.. haha Heartbreaker
Ding Dong! Ae Jung dan Dokko Jin saling jatuh cinta tanpa mereka sendiri sedari terutama Dokko Jin
> Apa yang Susen Nana tahu dari drama ini, jika anda cinta dengan seseorang, anda akan menjadi gila, sweet, dan sentiasa ingin melindungi mereka.. Haha

See This Vid Conferm Tersenyum-senyum : Dokko jin 1 and Dokko jin 2


#2 Secret Garden

Title: Secret Garden
Also known as: Sikeurit Gadeun
Director: Shin Woo-Cheol
Writer: Kim Eun-sook
Network: SBS
Episodes: 20 + 1 Special
Broadcast: November 13, 2010 to January 22, 2011
Language: Korean
Country: South Korea 


> Kalau korang merupakan peminat k-drama, korang mesti tahu satu drama yang berjudul secret garden. 
> secret garden merupakan feveret kdrama ke-2 terbaik susen nana kerana jalan cerita drama ni menarik dan sweet.
> Selain itu,babak penukaran badan yang benar-benar dibuat drama ini menonjol dari yang lain. 
> Drama ni berkisarkan tentang kisah cinta yang berada di dunia realiti dan fantasi.
Kim Joo Won (Hyun Bin) seorang pengusaha kaya bagi sebuah department store, kepribadian yang arrogant berubah setelah bertemu Gil Ra Im (Ha Ji Won), 
seorang stuntwoman miskin dan rendah hati namun memiliki wajah cantik dan menarik. 
joo woon mempunyai seorang sepupu yang bernama Oska dan mereka sering bersaing antara satu sama lain. 
> Atas permintaan Oska yang menyuruh joo woon menjemput aktris Park Chae rin di lokasi shooting. 
Namun joo woon membuat kesilapan kerana salah menjemput orang, malah menjemput Gil Ra Im, seorang stuntwomen yang dia kira adalah Park Chae rin serta membawanya ke hotel.
Di hotel, Joo Won  menyedari bahawa yang dia jemput bukanlah Park Chae-Rim. 
Namun, Joo won mulai merasa getaran aneh di hatinya memandang kecantikan Gil Ra Im dan sifatnya yang agresif. 
Joo Won cuba menghalau Gil Ra im dari lamunannya, namun dia tak mampu,
Gil Ra im pun mencuba menjauhi Joo Won, kerana dia sedar bahawa pemuda tampan itu memiliki status Sosial yang lebih tinggi darinya. 
Namun sebagaimana Joo Won, Gil Ra im pun tak mampu menepis kenyataan kalau dia juga tertarik kepada Joo won.
> Sementara itu, Gil Ra Im merupakan penggemar muzik Oska dan suatu ketika dia menang dalam sebuah pertandingan dan dapat hadiah pergi ke Pulau Jeju bersama Oska. 
Joo woo mengetahui bahawa Gil Ra Im memenangi pertandingan dan memutuskan untuk mengikut wanita yang dia cinta itu ke Pulau Jeju.
> Di Pulau Jeju, peserta utama semua berkumpul. Sementara mereka berbasikal ke gunung, Ra im entah bagaimana terpisah dari rombongan Joo Won dan Oska. 
Joo Won panik kerana Ra Im hilang dan pergi mencari. Akhirnya, Joo Won mampu menyelamatkan Ra im tetapi berakhir terdampar di suatu tempat misteri yang disebut 'Secret Garden'. Pemilik 'Secret Garden' seperti tahu bahawa Joo Won dan Ra im saling mencintai, maka keduanya di beri botol minuman.  
Akhirnya Mereka berhasil untuk menemukan jalan pulang ke hotel sebelum malam dan berpisah. 
> Pada malam hari, Joo Won dan Ra im susah untuk  tidur, mereka memutuskan menenangkan diri dengan minum minuman yang diberi oleh pemilik Secret Garden tadi. 
Dan keajaiban terjadi saat mereka selesai meneguk minuman tersebut lalu mereka bertukar Jiwa! Pelbagai gelagat yang lucu yang mencuit hati apabila mereka bertukar jiwa. Di sebalik pertukaran jiwa tersebut,mereka dapat saling mengenali dan saling melengkapi antara satu sama lain. 



#3 Protect The Boss


Title: Protect The Boss
Also Known As: The Boss Has Changed
Director: Son Jung Hyun
Writer: Kwon Ki Young
Network: SBS
Episode: 18
Broadcast: 2011-Aug-03 to 2011-09-29
Language: Korean
Country: South Korea


> Drama Protect The Boss merupakan top 3 kdrama bagi Susen Nana. Tak tahu la kenapa Susen Nana jadikan drama ni top yang ke-3.. Drama ni memang best and thumbs up la.. banyak juga la babak yang kelakar dan sebab utama Susen Nana suka drama ni sebab ada JaeJoong.. 
> Untuk pengetahua korang, pelakon2 kdrama ni ialah Choi Kang Hee(No Eun Seol), Ji Sung(Cha ji Heon), Jaejoong(Cha Moo Woon), Wang Ji Hye(Seo Na Yoon) dan Lee Heewon(Yang Hayoung) Ok sekarang Susen Nana nak share dia punya jalan cerita.
> No Eun Seol akhirnya mendapat kerja sebagai setiausaha di sebuah firma guaman setelah lama menganggur.Di syarikat tersebut dia harus berjuang untuk melayani bossnya, Cha Ji Heon yang merupakan seorang tuan muda yang mempunyai sikap yang tidak matang [kebudak-budakan]. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk melindungi bossnya termasuklah keupayaan dalam pelbagai bahasa dan pada masa yang sama Eun Seol jatuh cinta dengan boss barunya itu. No Eun Seol juga bekerja untuk sepupu Ji Heon iaitu Cha Moo woon. Cha Moo Woon adalah seorang yang berkemampuan hebat dan bercita-cita mengambil alih syarikat sepupunya serta akan berkahwin dengan Seo Na Yoon, 
seorang pengacara yang juga mempunyai cita-cita yang besar.
Dalam mewujudkan cita-citanya, Moo Woon dibantu oleh seorang setiausaha yang setia iaitu Yang Hayoung dan kebetulan dia juga memendam perasaan suka terhadap bossnya, Moo woon.
> Ji Sung, Kang Hee, Jaejoong, Ji Hye [all of them have a good acting. The chemistry of each other as well as real]


Click sini : Protect The Bost  haha lawak punya




Sunday, 9 October 2011

Bagaimana Bercinta Menurut Islam?


  • > Assalamualaikum viewer.. Kali ni Susen Nana nak share some info tentang "Bercinta Menurut Islam".. Apa pendapat korang tentang bercinta menurut islam? 
    Pada pendapat Susen Nana sendiri, mencintai dan di cintai kerana Allah s.w.t. Bukankah cinta adalah anugrah allah,maka sudah jelas datang nya cinta bukan paksaan tapi adalah anugerah yang harus di syukuri. 
    > Banyak perspektif yang kita boleh lihat tentang cinta. Apa yg pentig kita mengetahui akan kesan cinta itu sendiri terhadap diri kita, org disekeliling dan yg paling penintg hubungan kita dengan Allah..
    > Jika cinta itu suci maka peliharalah ia dengan dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

    BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN HIDUP SEBAGAI SEORANG YG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.

    1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

    Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

    Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


    2. Apa matlamat Anda bercinta?

    * Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
    * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
    * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
    * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
    * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

    Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

    Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

    Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

    3. Mengapa Anda Bercinta?

    * Kerana ALLah?
    * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
    * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
    * Kerana empunya diri itu sendiri?
    * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.


    Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

    4. Apa Modal Untuk Bercinta?

    * Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms? 

    Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

    Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

    5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

    * Seminggu?
    * Sebulan?
    * Tiga, empat tahun?
    * Sehingga habis belajar?
    * Cinta hingga ke akhirat?

    Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

    6. Kos Cinta

    * Duit yang anda habiskan semata-mata untuk si dia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
    * Masa yang anda korbankan untuk si dia
    * Hati dan perasaan


    Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
    Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa ataupun hamba Allah yang derhaka?

          Renung2kanla ~  




Saturday, 8 October 2011

Kawan Sejati :)

> Assalamualaikum viewer. .
> Kali ni Susen Nana ringan tulang  tulis post tentang kawan sejati.
> Nak tahu ape itu kawan sejati? ok, cer baca kat bawah ni   vvv 

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam.. [ bole dikatakn sebagai pendengar yang baik la ]
Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.. [ hemm, bila kita senang ramai yang b'damping dengan kita but bile kita susah? ] ok2 teruskan baca yang seterusnya  vvv
Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita tengok ciri2 Kawan yang sejati kat bawah ni   vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
  1. kawan sejati itu ibarat tangan dan mata, saat tangan terluka mata menangis saat mata menangis tangan menghapusnya.
  2. kawan sejati adalah kawan yg ada di saat kita senang dan susah, kawan yang menolong kita tanpa ada merungut.
  3. kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan 
  4. kawan sejati bukan tentang orang yang kita kenal paling lama,siapa yang paling perhatian,tapi kawan sejati itu adalah orang yang telah datang dan tak akan pernah pergi, yang akan selalu dukung kita.
  5. Kawan sejati akan menjadi pendengar yang baik...dia akan sentiasa cuba untuk memahami masalah kawan dia. [alangkah best-nya dapat ramai kawan sejati yang macam ni]
  6. Kawan sejati sentiasa tersenyum bila melihat kawan dia berjaya...tak kan ada rasa cemburu walaupun sedikit. [bagusnya kawan macam ni]
  7. Kawan sejati mampu buat kawan dia rasa gembira [heppy go lucky]
  8. Kawan sejati tak kan pernah memburukkn kawan dia kat orang lain. [ish2 tak baik buruk2kan kawan kita]
  9. Kawan sejati sentiasa menegur kawan dia setiap kali kawan dia buat salah. Menegur kesalahan kawan dia dengan cara yang betul,, bukannya dengan menegking atau marah [tak mau marah2 la, nnti cepat tua]
  10. Akhir sekali pemaaf .. [bermaaf-maafan sesama kawan dapat kukuh kan lagi ikatan persahabatan]
ok habis sudah. . Mari renungkan diri kita, adakah kita mempunyai ciri2 kawan yang sejati seperti di atas?
Berubahlah untuk jadi kawan yang lebih baik.. < peace no war  ^_^ v >







Friends make my heart feel SUPER HAPPY !!!

Big Red Mouse Pointer