Monday, 24 October 2011

Cara Elakkan Mengantuk Semasa Belajar


 Kat sekolah tadi ada program motivasi.. Motivasi tentang cara belajar yang berkesan.. Oke kali ni Susen nak kongsi cara elakkan mengantuk semasa belajar. Tips ni Susen dapat dari program motivasi tu..

 Sebab-sebab korang mengantuk :
1. selalu lewat tidur malam
2. kurang makan makanan berkhasiat
3. banyak bermain menyebabkan letih
4. membiarkan sikap kurang minat belajar menguasai diri
5. kurang latihan seperti senaman, rekreasi 
6. mungkin  penat melakukan kerja2 lain seperti kerja2 di rumah...
7. tak cukup rehat
8. ...


Langkah yang perlu korang lakukan untuk elak mengantuk adalah :

1.Bawak sebotol air masak.
Kajian pakar mendapati otak kita ni 80% air. Kita rasa mengantuk sebab oksigen kurang ke otak. walaupun hidung kita tak berhenti-henti bernafas. Bila minum air,bendalir dalam badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Tapi masalahnya orang Melayu ni susah sangat nak bawa air waktu belajar. Konon berat la, malu la.. dah dah jangan nak malu-malu kucing pulak.. Cuba tengok orang cina, rajin bawak air takde masalah pon. Ala beli je botol air yang cantik,letak dalam beg. OKE?

2. Tidur sebentar untuk elakkan rasa mengantuk.
Susen cadangkan korang tidur je lah.Tidur dalam 5 - 10 minit. Bila terjaga, pasti korang akan berasa segar semula. Tapi jangan sampai berjam - jam tidur. Itu bukan kategori mengantuk, itu kategori "malas nak belajar" tu. Purata manusia terlelap kan biasanya dalam 7 minit je..Tapi kalau dah mengantuk sangat2 , lebih baik korang pergi je lah tidur 5 - 8 jam. Huhu takut nanti mata korang jadi macam mata panda..

3. Lakukanlah dengan minat
Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat Susen, kalau time belajar tu sertakanlah dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran korang supaya jadi minat. Contohnya, tulis kata-kata semangat kat dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa saja, asalkan korang jadi lebih semangat untuk belajar.

4. Basuh muka dengan air
Perempuan memang jarang buat benda ini sebab sayangkan mekap dia itu. Cuci muka memang akan buat kita berasa segar dalam sekelip mata sebenarnya.Tapi jangan la setiap saat basuh muka, habis nanti lecun-melecun.. Dan kalau waktu belajar kat sekolah tu jangan asyik kerap pergi tandas.. Baik korang duduk je dalam tandas tu..Kajian mendapati kalau nak lagi segar-bugar  boleh cuci biji mata korang dengan air sabun!
conferm sangat-sangat berkesan 100%

5. Bersenam
Lakukan senaman yang mudah tak perlu bangun dari kerusi . Memang masing-masing berat bontot kalau dah dapat duduk lama. Contohnya, senaman seperti tarik nafas dalam-dalam pastu tahan nafas dan lepas.. Haaa~ semput..Lakukan berulang-ulang kali. Dan satu lagi cara, tutup buku pastu hulurkan tangan ke depan then rapatkan kedua-dua tapak tangan korang sambil tu pusing-pusingkan kepala korang sebanyak 5 kali sambil tutup mata then buka mata.

 Fokus DUIT = Fokus+Doa+Usaha+Istiqomah+Tawakal




2 comments:

Miss Nurul Atikah said...

dulu2 sy n kwn2 penah sapu minyak cap kapak dekat ngan mata.. sebab ngantuk dlm kelas time lecturer bg ceramah kat depan.. hahahhaa...

Susen Nana said...

Atikah : ish, dasyat tu letak minyak cap kapak dkt ngn mata.. mesti mata berangin je kn?


Big Red Mouse Pointer