> Kali ni Susen Nana ringan tulang tulis post tentang kawan sejati.
> Nak tahu ape itu kawan sejati? ok, cer baca kat bawah ni vvv
Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam.. [ bole dikatakn sebagai pendengar yang baik la ]
Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.. [ hemm, bila kita senang ramai yang b'damping dengan kita but bile kita susah? ] ok2 teruskan baca yang seterusnya vvv
Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita tengok ciri2 Kawan yang sejati kat bawah ni vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
- kawan sejati itu ibarat tangan dan mata, saat tangan terluka mata menangis saat mata menangis tangan menghapusnya.
- kawan sejati adalah kawan yg ada di saat kita senang dan susah, kawan yang menolong kita tanpa ada merungut.
- kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan
- kawan sejati bukan tentang orang yang kita kenal paling lama,siapa yang paling perhatian,tapi kawan sejati itu adalah orang yang telah datang dan tak akan pernah pergi, yang akan selalu dukung kita.
- Kawan sejati akan menjadi pendengar yang baik...dia akan sentiasa cuba untuk memahami masalah kawan dia. [alangkah best-nya dapat ramai kawan sejati yang macam ni]
- Kawan sejati sentiasa tersenyum bila melihat kawan dia berjaya...tak kan ada rasa cemburu walaupun sedikit. [bagusnya kawan macam ni]
- Kawan sejati mampu buat kawan dia rasa gembira [heppy go lucky]
- Kawan sejati tak kan pernah memburukkn kawan dia kat orang lain. [ish2 tak baik buruk2kan kawan kita]
- Kawan sejati sentiasa menegur kawan dia setiap kali kawan dia buat salah. Menegur kesalahan kawan dia dengan cara yang betul,, bukannya dengan menegking atau marah [tak mau marah2 la, nnti cepat tua]
- Akhir sekali pemaaf .. [bermaaf-maafan sesama kawan dapat kukuh kan lagi ikatan persahabatan]
ok habis sudah. . Mari renungkan diri kita, adakah kita mempunyai ciri2 kawan yang sejati seperti di atas?
Berubahlah untuk jadi kawan yang lebih baik.. < peace no war ^_^ v >
Friends make my heart feel SUPER HAPPY !!!
No comments:
Post a Comment